Oleh: Sitti Sarni, S.P
 (Founder Komunitas Pejuang Islam)

Mediaoposisi.com- Poligami hari ini masih menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, termasuk kalangan aktivis wanita, terutamanya dengan gencarnya gerakan feminisme yang mena-namkan pandangan bahwa masalah tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kaum wanita. 

Donasi Save Muslim Uighur 

Perbincangan akan poligami telah menghiasi media sosial seperti yang dilansir hidayatullah com.

Sekretaris Jenderal Majelis Ulama Indonesia (MUI) Pusat, Anwar Abbas, menanggapi pernyataan Komisioner Komnas Perempuan Imam Nahe’i yang menyebut poligami bukan ajaran Islam.
Mengatakan bahwa poligami bukan ajaran Islam jelas tidak berdasar dan menyesatkan,= tegasnya saat dihubungi hidayatullah.com pada Ahad (16/12/2018).

Sekulerisme Akar Masalah
Kaum feminis radikal melihat bahwa kebolehan berpoligami adalah perisytiharan penindasan lelaki terhadap wanita yang tidak berkesudahan. Mereka menuduh agama Islam - yang membenarkan poligami - telah bertindak berat sebelah terhadap wanita.

Pandangan seperti ini telah meresap ke dalam minda ramai aktivis wanita dewasa ini. Malah pandangan ini, seolah-olah telah memperoleh pengesahan dengan adanya amalan poligami dalam masyarakat kita yang tidak sesuai dengan petunjuk Islam.

Ditambah pula dengan adanya sosialisasi yang sistematik dan berkesinambungan mengenai imej negatif ibu tiri/isteri muda, baik melalui filem mahupun cerita-cerita rakyat.

Pernyataan   poligami bukan ajaran Islam merupakan kelancangan yang tidak dibenarkan. Serangan terhadapa ajaran Islam terus dilancarkan kaum sekuleris antek negara-negara kapitalis.

Tujuan menghilangkan sisa-sisa hukum islam yg berpotensi memunculkan kebangkitan yang akan melawan hegemoni dan penjajahan mereka atas dunia.  Kondisi ini akan terus terjadi sepanjang umat Islam tidak memiliki kekuatan politik khilafah.

Pandangan Islam Mengenai Poligami
Islam sebagai deen (agama, jalan hidup) yang sempurna telah memberikan hukum-hukum yang begitu lengkap untuk menyelesaikan masalah kehidupan umat manusia. Islam telah membenarkan seorang lelaki untuk beristeri lebih dari satu.

Walau bagaimanapun, Islam mengehadkan jumlahnya, iaitu maksimum empat orang dan mengharam-kan lebih daripada itu. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang berikut :

"Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kalian sukai masing-masing dua, tiga, atau empat - kemudian jika kalian takut tidak akan dapat berlaku adil, kahwinilah seorang sahaja - atau kahwinilah hamba-hamba yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tindakan tidak berbuat aniaya." [TMQ an-Nisa' (4):3].

Ayat di atas diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun ke -8 hijriah untuk mengehadkan jumlah isteri kepada maksimum empat orang sahaja. Sebelum itu, sudah menjadi perkara biasa jika seorang lelaki Arab mempunyai ramai isteri tanpa ada hadnya.

Dengan turunnya ayat ini, seorang muslim dihadkan hanya boleh mengahwini maksimum empat orang sahaja, tidak boleh lebih daripada itu. Menurut Taqiyuddin an-Nabhani, ini dapat difahami dari ayat di atas jika kita baca secara berulang-kali, iaitu : Kawinilah oleh kalian wanita-wanita yang kalian sukai dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat...”

Memang dalam kalimat seterusnya pada ayat di atas terdapat ungkapan
: “Kemudian jika kalian takut tidak akan berlaku adil, kahwinilah seorang sahaja”.

Bermakna, jika seorang lelaki takut untuk tidak dapat berlaku adil (dengan beristeri lebih dari satu), Islam menganjurkan untuk berkahwin hanya dengan seorang wanita dan meninggalkan usaha untuk menghimpun lebih dari seorang wanita.

Jika dia lebih suka memilih seorang wanita, ia adalah pilihan yang paling dekat untuk tidak menganiaya atau curang. Ini adalah makna kalimat :
“yang demikian adalah lebih dekat kepada tindakan tidak berbuat aniaya”.

Namun demikian, menurut an-Nabhani, keadilan bukanlah syarat kebolehan berpoligami secara mutlak. Ini digambarkan dalam ungkapan ayat :

"Kawinilah wanita-wanita (lain) yang kalian sukai dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat.”  ini mengandungi pemahaman mengenai kebolehan berpoligami secara mutlak. Kalimat tersebut telah selesai (sebagai kalimat yang sempurna).

Kalimat itu kemudian diteruskan oleh kalimat berikutnya : Kemudian jika kalian takut... Kalimat ini bukan syarat, kerana tidak bergabung dengan - atau adalah sebahagian daripada - kalimat sebelumnya, tetapi hanya kalam mustanif (kalimat lanjutan).

Seandainya keadilan menjadi syarat, sudah pasti akan dikatakan seperti ini : Fankihu ma thaba lakum min an-nisa' matsna wa tsulatsa wa ruba'a in adaltum (Kawinilah wanita-wanita yang kalian sukai dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat asalkan/jika kalian dapat berlaku adil) - sebagai satu kalimat.

Namun, hal seperti itu, menurut an-Nabhani, tidak ada, yang menyebabkan aspek keadilan secara pasti bukanlah syarat dibenarkan berpoligami. Bermakna, perkara ini adalah hukum syariat yang berbeda dengan hukum syariat yang pertama.

Yang pertama adalah kebolehan poligami sehingga had empat orang, kemudian muncul hukum kedua, iaitu lebih disukai untuk memilih salah satu saja jika dengan berpoligami ada ketakutan pada seorang suami tidak dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Oleh itu, menurut an-Nabhani, jika kita melihat dengan teliti ayat ini, kita akan mendapati lebih daripada satu hukum:

(1) kebolehan beristeri lebih dari satu (poligami) secara mutlak tanpa ada apa-apa syarat
(2) Kewajiban untuk berlaku adil bagi seseorang yang telah memilih berpoligami. Walau bagaimanapun, jika takut tidak dapat berlaku adil, dia digalakkan untuk memilih seorang isteri saja, kerana ini dekat kepada sikap tidak menganiaya.

Maknanya, perlu diperhatikan di sini, bahawa jika seseorang sudah memilih untuk beristeri lebih dari satu, dia dikehendaki untuk melayan semua isterinya dengan makruf dan adil. Sebab, keadilan adalah hukum lain yang diperintahkan (baca: wajib) atas seluruh umat Islam; sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan.

Namun demikian, keadilan yang dituntut atas seorang suami terhadap isteri-isterinya bukanlah keadilan mutlak, tetapi keadilan yang memang masih dalam batas keupayaannya sebagai manusia untuk mewujudkannya.

Sebab, Allah SWT sendiri tidak memberi seseorang beban melainkan sejauh kemampuannya, sebagaimana firman-Nya :"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut keupayaannya." [TMQ al-Baqarah (2) : 286].

Memang benar, kata an-Nabhani, perkataan ta'dilu dalam ayat itu berbentuk umum, iaitu berlaku untuk setiap bentuk keadilan. Walau bagaimanapun, kata yang bersifat umum ini di-takhsis (dikhususkan), iaitu mengikut keupayaan semula jadi manusia, berdasarkan ayat berikut :

“Sekali-kali kalian tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kalian walaupun kalian sangat menginginkannya. Oleh kerana itu, janganlah kalian terlalu cenderung (kepada salah seorang isteri yang kalian cintai) sehingga kalian membiarkan isteri-isteri kalian yang lain terkatung-katung.” [TMQ an-Nisa' (4): 129].

Melalui ayat di atas Allah menjelaskan, bahawa manusia tidak akan dapat berlaku adil dalam hal-hal tertentu. Walaupun demikian, mesti difahami bahwa ini tidak bermaksud Allah menganiaya manusia. Sebab, Allah berfirman :

“Tuhan kalian tidak akan pernah menganiaya seorang manusia pun." [TMQ al-Kahfi (18):59].

Berhubung dengan ketidakupayaan manusia untuk berlaku adil sebagaimana yang disebut dalam al-Quran surah an-Nisa' ayat 129 di atas, Ibn 'Abbas menjelaskan bahawa ketidakupayaan yang dimaksudkan adalah dalam hal kasih sayang dan nafsu suami terhadap isteri-isterinya.

Sebaliknya, selain dalam dua hal ini, seorang suami akan mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya. Keadilan selain dalam kasih sayang dan nafsu inilah yang sebenarnya dituntut dan diwajibkan ke atas suami yang berpoligami.

Sebaliknya, keadilan dalam hal kasih sayang dan kecenderungan nafsunya bukanlah sesuatu yang diwajibkan ke atas mereka. Ini dikuatkan oleh Hadis Nabi SAW, sebagai mana dikatakan 'Aisyah RA. : Rasulullah SAW pernah bersumpah dan berlaku adil seraya berdoa:

 "Ya Allah, sesungguhnya aku bersumpah dengan apa yang aku mampu. Oleh kerana itu, janganlah Engkau memasukkanku ke dalam perkara yang Engkau sanggupi tetapi tidak aku sanggupi. (iaitu hatinya)." [HR Abu Dawud].[MO/ge]

Posting Komentar